Monday 2 September 2013

Kick Ass 2 | We're The Millers

Assalamualaikum uolls!

Minggu lepas banyak cerita baru kuar kat pawagam kan? Aiyo, iolls xsempat nak tengok ni lah KL Zombi and Tanda Putera yang orang kata seronok kan? 

Tak pelah uolls. Sabtu dan ahad lepas iolls pegi tengok movie Kick Ass 2 and We're The Millers. Tengok ape review iolls kat movie-movie ni.

1) Kick Ass 2


Orait, iolls tak follow yang Kick Ass yang first tuh. So terus jump tgk kat second ni. So iolls assume yang second ni kesinambungan dari first dimana anak kepada superhero Big Daddy iaitu Hit Girl a.k.a Mindy jadi heroin. 

Cite sangat kelakar. Memang patut cerita ini ditonton oleh orang dewasa sebab ayat dia yang macam giler arr. Carut marut semua ada.

Nak jadikan cerita, Mindy seorang pelajar yang skema dan tak punyai ramai kawan di sekolah. Asal selepas jer penjaga dia hantar pegi sekolah, for sure dia ponteng and pegi tempat rahsia dia tuk berlatih seni pertahankan diri. Sampai lah dia kantoi dengan penjaga dia dan melarang Mindy dari menjadi superhero.

Kick Ass a.k.a Dave seorang superhero yang berharap dapat menjadi satu pasukan dengan Mindy untuk menentang kejahatan dunia termasuk lah penjahat yang bernama Motherf***er.

Nak tahu ape jadi pas tuh? Tengoklah sendiri. Hahaha.

Eh, yang bawak watak Kick Ass a.k.a Dave tuh rupanyer boyfriend lama aku yang berlakon dalam cite Angus, Thongs and Perfect Snogging. Hahahaha. Poyo giler. Beza giler rupa dia dalam 2 movie ni. Nama dia Aaron Johnson.

Dalam Kick Ass 2

Angus, Thongs and Perfect Snogging.
Hensem kan??? Waduh, cair iolls babe!

Level: 3.5 / 5

2) We're the Millers


Cerita paling bongok iolls penah tengok setakat ni. Hahaha. 

Kisah nya, David seorang drug dealer telah kena rompak dengan orang jahat jalanan. Dia kehilangan duit dan dadah yang disimpan dan diburu oleh bos nya. Sebagai ganti rugi, David diarahkan menyeludup dadah di Mexico sebagai menebus dadah yang telah hilang tuh.

David bengong bagaimana nak menyeludup dadah di sempadan khuatir David akan ditangkap. David membuat rancangan untuk masuk ke Mexico dengan keluarga palsu yang di reka oleh David dimana Rose Millers daripada penari bogel sebagai isterinya, Casey Millers daripada kalangan remaja bermasalah dan lari dari rumah sebagai anak perempuannya dan Kenny Millers daripada remaja yang terlalu skema sebagai anak lelakinya.

Masa iolls tengok cerita ni, gelak sampai tak hengat sebab kelakar giler. Serius kelakar. Hahaha. Uolls kena tengok. Cerita ni mendapat sambutan hangat di US dengan jumlah kutipan yang kedua tertinggi. That's why iolls nak tengok sangat.

Level: 4 / 5

Dua-dua movies ni, GSC buat tayangan nyanyi lagu Negaraku. Dah lama rasanya tak nyanyi lagu Negaraku. Rasa sebak giler.

P/S: Kedua-dua cerita yang iolls tengok sememang nya untuk 18 tahun keatas kerana ganas, berunsur luncah dan carut marut yang maha hebat. Hahaha.

Thanks for reading